Bancuhan Dedak - Bancuhan dedak ini kira umpan'killer' yang selalu aku pakai. Bancuhan agak rumit, ukuran dan sukatan dan mengambil masa 2 - 3 hari selepas bancuhan baru boleh digunakan. Bancuhan ini selalu digandingkan dengan bancuhan roti gardenia....peeerrhhh memang power.
Kegunaan - Ikan Patin, Tenggalam, Ikan Jelawat, Ikan temoleh (+ ramuan lain lagi), Ikan Lampam Jawa (ikan-ikan bersisik putih seumpamanya). Kadang - kadang ikan baung pun rembat.
Umpan Tapa - Umpan tapa kira special juga bagi aku. Kira 'killer' juga dalam memburu ikan jenis bermisai dan berjanggut...hik hik. Bancuhan mudah sahaja tapi tempoh peraman agak lama, kadang lebih 3 bulan. Yang di tunjukkan ini, dah 5 bulan disimpan.
Bancuhan umpan tapa menjadi begitu power dalam memburu udang galah. Biasanya digunakan bersama umpan Cacing merah (yang lembik), Anak udang bendang (udang nasi), Isi ikan Haruan, Umpun-umpun dan seumpamanya. Power 'killer' jadi lagi special bila di gandingkan bersama mata special memancing udang galah.
Kegunaan : Ikan Baung, Udang Galah, Ikan Baung Kenerak, Ikan Keli, Ikan Keli Limbat, Ikan Ngek-ngek, Ikan Duri, Ikan Sembilang dan seumpamanya.

Kegunaan : Semua jenis ikan suka makan

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Sembarau, ikan selat, ikan - ikan jenis ikan putih.

Kegunaan : Semua jenis ikan bermisai suka seperti Ikan Baung, Ikan Keli dan seumapanya. Kadang kala guna untuk mancing ikan Kaloi.
Kelkatu - Biasanya banyak keluar pada musim hujan. Jenis ini agak kecil sedikit, ianya di panggil kelkatu anai-anai.Kalau nak dapatkan yang lebih besar kena pandai gali kawasan busut di kebun-kebun pada musim hujan. Di bandar kuala Lumpur ni mana ada.
Kegunaan : Ikan Keli, Ikan Puyu, Ikan Haruan dan semua jenis ikan nipis.

Kegunaan : Ikan Lampam Jawa, Ikan Tilapia (Merah/Hitam) dan jenis ikan putih di lombong - lombong dan sungai.
Ulat Sawit / Ulat Sagu - Boleh didapati di pokok-pokok Kelapa Sawit / Sagu / Batang Kelapa tumbang dan dalam proses pereputan.
Kegunaan : Ikan Patin, Ikan Temoleh
Udang Galah - Beli dikedai-kedai jual ikan hiasan, kolam-kolam pancing udang, Kail sahaja di sungai.
Kegunaan : Ikan Belida, Ikan Tapah
Cacing - Gali di kawasan tanah-tanah lembap, beli kedai-kedai pancing
Kegunaan : Udang Galah, Ikan Keli Bendang, Ikan Puyu, Ikan Haruan, Ikan Sepat, Ikan -ikan putih sungai dan seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan