Sabtu, 11 April 2015

UMPAN "MUJARAB" PATIN

HAI UOLSS HARI NI SAYA NAK KONGSI TIPS UMPAN PATIN YG SAYA JUMPA DALAM FB...MOGA BERMANFAAT...

SENARAI UMPAN PATIN
Berikut adalah senarai Umpan ikan patin untuk memancing ikan Patin kolam, tasik, sungai, lombong dan sebagainya. Umpan patin ini saya ambil dan kumpulkan dari pelbagai sumber termasuk blog dan facebook untuk sahabat sekalian. Semoga koleksi atau senarai umpan ikan patin ini berguna untuk anda. Semoga senarai umpan ikan patin ini berguna untuk anda. Ada di antara respi umpan ikan Patin ini telah saya cuba dan mendapat hasil yang baik. Umpan Patin ini khas untuk Rakan Facebook Page yang bertanya tentang Umpan perap ikan patin.
A.Umpan patin umpan roti+kelapa tempe
assalamualaikum dan salam sejahtera. ramainya yang bertanya tentang umpan patin. ni saya bagi satu yang paling best dan selalu saya gunakan. khas bagi pembaca blog yang setia.
umpan patin ni dah lama saya gunakan. tak pernah menghampakan kecuali kalau dalam pertandingan.pernah dapat banyak kali jackpot dan dapat patin terbesar 13.8kg. pernah dapat 15 ekor patin 5kg keatas sehari memancing. paling banyak 21 ekor dalam masa 4jam. itu dulu....
ramuannya
1. sebiji kelapa tua. kalau boleh cari yang dah bercambah. bila dipecahkan isi kelapa seakan berminyak dan sedikt kehitaman. kengkadang saya gunakan kelapa cambah yang dah bercambah sekaki tinggi. lagi power!!!
2. tempe 2 biji. tempe tu cari yang baru. kalau dipegang rasa panas. kalau dah sejuk tak payah guna sebab bau umpan akan jadi busuk
3.perisa pisang cap ros. boleh gunakan jenama yang lain tapi tak sama powernya
cara pembuatannya
ambil santan dari kelapa tadi. masa perah kelapa campurkan secawan air . gunakan air yang takde klorin macam air R.O, air mineral ataupun air suling. air kolam dan air paip tidak digalakkan.
blender tempe dan santan kelapa tadi bersama-sama. bahan tadi akan menjadi pekat seakan krim. kalau cair selalunya tak jadi. masukkan bahan tadi dalam botol tahan tekanan seperti botol air gas (coke dll). isikan separuh botol atau tiga suku botol sahaja. jangan isi penuh. (paham-paham sudah)
biasanya saya akan biarkan selama 3 hari baru guna. kengkadang malam buat pagi guna pun mujarab terutamanya kalau ikan baru masuk.
umpan ni boleh dia adjust untuk main pacu dan patin besar. caranya ialah mencampurkan beberapa titik perisa pisang cap ros tadi dalam ramuan tu.
cara guna. main dengan gunakan roti dadu. macam biasa la.
B. Umpan Ikan Patin
Di Malaysia, pelbagai jenis umpan telah digunakan oleh pemancing untuk memancing ikan Patin ini. Setiap umpan bergantung pada tempat dan lokasi tempat memancing. Ikan ini bersifat ikan dasar dan umpan jenis tenggelam lebih efektif digunakan untuk memancing ikan Patin.
Kolam pancing
Kebiasaananya Ikan Patin di kolam pancing berasal dari kolam ternakan dimana ikan ini telah diajar memakan umpan dedak, pallet dan roti sejak kecil lagi. Selain tu umpan yang digunakan juga dicampur dengan bahan perasa seperti perasa pandan, pisang, strawberry dan banyak lagi untuk menghasilkan bau enak untuk menarik ikan patin kepada umpan. Ikan patin juga telah diketahui lebih menyukai umpan yang bersifat masam, oleh itu campuran buah keras,kelapa parut peram, mauripan (yis/bahan untuk membuat kek), susu masam dan santan kelapa digunakan.
Sungai dan lombong
Penggunaan umpan di sungai dan lombong terdapat sedikit perbezaan antara memancing di kolam pancing. Ini kerana sifat sungai yang mempunyai arus akan membuat umpan sering hilang dan hanyut dibawa arus. Oleh itu pengunaan dedak dan roti tang dikepal padat pada mata kali lebih berkesan. Umpan ini akan kembang sedikit demi sedikit di dalam air dan arus sungai akan membawa aroma umpan terus deria ikan patin ini. Selain itu terdapat juga pemancing yang menggunakan umpan yang neutral dan semulajadi seperti ubi kayu, kelapa sawit dan buah ara.
C. Umpan Patin
Resepi ini saya perolehi dari rakan saya dari Team COFA. Ingin saya kongsikan bersama kepada pengunjung blog ini. Keberkesanan umpan ini bergantung mengikut keadaan dan tempat. Seperti diketahui setiap ikan kolam air tawar mempunyai perangai yang berbeza-beza. Lain tempat lain seleranya. Tapi bagi saya tak salah untuk mencuba dan siapa tau umpan ini boleh menjadi salah satu umpan power pada para pengunjung blog ini.
Ramuan Umpan Patin
Susu Sejat penuh krim + Mauripan (Dry yeast)+ dua sudu serbuk cheese+ beberapa batang serai
Cara-cara membuat ramuan:
1. Potong halus serai dan masukan kesemua bahan ke dalam blender.
2. Pastikan semua ramuan hancur dan sebati
3. Masukkan campuran tadi ke dalam botol
4. Kemudian dibiarkan beberapa hari sebelum digunakan
1 HARI - 5 HARI (UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA PATI PANDAN)
6 HARI - 10 HARI (UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA PATI STRAWBERY)
2 MINGGU (UNTUK UMPAN KOSONG)
Cara-cara menggunakannya.
1. Sebatian ini akan digunakan bersama roti yang telah dipotong dadu.
2. Semburkan sebatian tersebut pada roti, jangan terlalu banyak cukup sekadar melembabkan roti tersebut dengan ramuan ini.
3. Kemudian titiskan pes/pati pandan atau strawberry kepada roti tersebut.
4. Selesai dan boleh terus digunakan. Terpulang pada pemancing untuk menggunakan teknik apung atau pun umpan dasar.
D. umpan patin eddy jawa
BAHAN-BAHAN UMPAN YOGURT, CARA-CARA ADUNAN & PENGGUNAAN
1) YOGURT NATURAL MARIGOLD (2 CAWAN) (RM3.40)
2) KUNING TELUR AYAM (4 BIJI) (RM0.32X4)
3) PERISA PANDAN/PISANG STAR (3 TUTUP) (RM2.00)
4) PATI PANDAN EMULCO (10 PENUTUP) (RM5.00)
5) MOURIPAN (1PEKET) (RM0.80)
cara-cara adunan :
mudah je... tak byk step...
bahan-bahan 1,2,3,4,5 diadun sekali-gus.
adun hingga sebati.
dah siap, masuk dalam botol / sprayer, Peram 1 hari.
JANGKA HAYAT UMPAN NI IALAH : 1 MINGGU
KEYAKINAN IKAN MAKAN : 80%
*ini adalah sejenis umpan PERAM SEGERA, sesuai bagi mereka yg tidak mahu menunggu PERAM 5-7hari @ lebih.*
cara-cara penggunaannya:
Semburkan samarata pada 1 peket roti telah dipotong dadu, kemudian ambil PATI PANDAN 3penutup botol, taburkan di atas roti & adun samarata. SIAP.
Guna perambut "V", cangkukkan setiap dadu roti pada setiap matakail... kemudian..
matakail pertama : kepal kecil sebesar ibu jari kaki, jangan kepal keras.
matakail kedua : kepal besar sebesar penumbuk budak 2tahun, jangan kepal keras, kepal keras roti pada pangkal tali, fungsi sebagai stopper.
dah siap.... baling di bahagian kocakan ikan....
itu sahaja, selamat mencuba.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam,
pertama, umpan sy x menjanjikan hasil di semua kolam, sy hormati keinginan tuan utk mencuba umpan ini, terlebih dahulu sy memohon maaf jika tiada hasil di kolam lain, tuan pasti faham, sperti org kata " lain padang lain belalang" perumpamaan saje, tp x salah utk kite cuba... adalah di syorkan membuat persediaan umpan 2 @ 3 jenis... utk mengelakkan kebuntuan tuan memancing jika ikan TIDAK membaham umpan jenis itu.
sy syorkan 3 jenis sos berlainan isi : (jangan bancuh kesemua roti, utk mencuba setiap jenis umpan)
1 ) Pandan+yogurt
2 ) Pandan+susu cair
3 ) Pandan+telur itik
----------------------------------------------------------------------
UMPAN NO 1 :
2 CAWAN YOGURT NATURAL/STRAWBERI (MARIGOLD/NESTLE)
4 BIJI KUNING TELUR AYAM
5 TUTUP PANDAN STAR
1 PEKET MOURIPAN
10 TUTUP PATI PANDAN COCONUT EMULCO (KEDAI KEK)
cara bancuh : Campur semua skaligus
tempoh peram : 1hari (24jam)
jangka hayat : 5hari
cara memanjangkan jangka hayat : simpan di peti sejuk
----------------------------------------------------------------------------
UMPAN NO 2 :
1 TIN SUSU CAIR (BRAND APE PUN)
5 BIJI KUNING TELUR AYAM/TELUR ITIK
5 TUTUP PANDAN STAR
1 PEKET MOURIPAN
10 TUTUP PATI PANDAN COCONUT EMULCO (KEDAI KEK)
cara bancuh : Campur semua skaligus
tempoh peram : 1hari (24jam)
jangka hayat : 5hari
cara memanjangkan jangka hayat : simpan di peti sejuk
---------------------------------------------------------------------
UMPAN NO 3 :
10 BIJI KUNING TELUR ITIK
5 TUTUP PANDAN STAR
1 PEKET MOURIPAN
10 TUTUP PATI PANDAN COCONUT EMULCO (KEDAI KEK)
cara bancuh : Campur semua skaligus
tempoh peram : PAKAI SEGERA
jangka hayat : TIDAK DI KETAHUI
cara memanjangkan jangka hayat : simpan di peti sejuk
CARA BANCUH/PENYEDIAAN ADALAH CINCAI
--------------------------------------------------------------------------
PENYEDIAAN ROTI :
ROTI SANDWICH@CARI JENIS KENYAL SPAN (ROTI SEDAP TIDAK DI SYORKAN)
- potong roti bersaiz lebih kurang 1cm-1.5cm persegi (lebih kurang je)
- semburkan & goncang samarata SOS pada roti
- tambahkan 1tutup pati pandan coconut emulco untuk membantu bau naik
-----------------------------------------------------------------------------
TEKNIK MAIN :
- Apung
- Tanam
- Batu Gantung
hakcipta terpelihara : eddy jawa 0123954762/ pancing.net
E. Umpan Ikan Patin
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut.
Umpan paling ringkas dan senang
Minyak Ara Strawberry 10 penutup
Dedak 929 1kg
Roti Gardenia potong dadu
Umpan 1
Umpan nie besenyer utk perangkap patin. Campuran Roti gardenia dgn Perisa pandan mmg tarik minat patin. Ikan2 lain2 tak tau la minat ke tak ngan umpan ni, tp talapia ngan rohu agak suka jgk. Roti yg nk kene guna mmg roti gardenia & perisa selain pandan pun bole nk guna misalnye pisang, strawberi & lain2 la ikut kreativiti korang.
1.roti gardenia potong dadu dalam separuh plastic and taruk dalam baldi.
2.amik perisa pandan campur air skit isi dalam penyebor (yg biasa org wat sembor baru masa iron baju tu)
3.sembo perisa pandan tadi kat roti potongan dadu yg dalam baldi td secukup rasa.jgn terlalu byk sgt takut nnti roti kembang And jd lembik.
4.amik 2-3 ketoi roti potongan dadu td And masukkan kat mata kail(mata bom).isi kat sume mata rambai tu.
5.amik dalam segengam roti potongan dadu td and buat bom kat mata rambai td.
pas 2 ape lg baling la kat pot yg menarik.
Umpan 2
Ambil dedak dinding dan campurkan dengan benda2 berikut: perut ayam direbus sehingga hancur, tos air rebusan (air rebusan jangan dibuang semuanya, ambil sedikit) dan telur ayam. keringkan betul2 perut ayam tadi dan diblender sehingga lumat. campurkan dedak 929, perut ayam blender, sedikit air rebusan tadi dan telur ayam mentah. telur ayam akan memberi bau hanyir dan menyebabkan dedak tadi melekat dengan kuat.
Umpan 3 ( sesuai untuk kolam je)
BAHAN-BAHAN UMPAN YOGURT, CARA-CARA ADUNAN & PENGGUNAAN
1) YOGURT NATURAL MARIGOLD (2 CAWAN)
2) KUNING TELUR AYAM (4 BIJI)
3) PERISA PANDAN/PISANG STAR (3 TUTUP)
4) PATI PANDAN EMULCO (10 PENUTUP)
5) MOURIPAN (1PEKET)
cara-cara adunan :
mudah je… tak byk step…
bahan-bahan 1,2,3,4,5 diadun sekali-gus.
adun hingga sebati.
dah siap, masuk dalam botol / sprayer, Peram 1 hari.
JANGKA HAYAT UMPAN NI IALAH : 1 MINGGU
KEYAKINAN IKAN MAKAN : 80%
*ini adalah sejenis umpan PERAM SEGERA, sesuai bagi mereka yg tidak mahu menunggu PERAM 5-7hari @ lebih.*
cara-cara penggunaannya:
Semburkan samarata pada 1 peket roti telah dipotong dadu, kemudian ambil PATI PANDAN 3penutup botol, taburkan di atas roti & adun samarata. SIAP.
Guna perambut “V”, cangkukkan setiap dadu roti pada setiap matakail… kemudian..
matakail pertama : kepal kecil sebesar ibu jari kaki, jangan kepal keras.
matakail kedua : kepal besar sebesar penumbuk budak 2tahun, jangan kepal keras, kepal keras roti pada pangkal tali, fungsi sebagai stopper.
dah siap…. baling di bahagian kocakan ikan….
Umpan 4
PATIN
1. DEDAK 926+ DEDAK BOM CAP KEPALA HELANG+PATI PANDAN SIKIT
2. ROTI GARDINEIA + PATI PANDAN +PATI STRAWBERY+ HAMPAS KELAPA GORENG JANGAN BAGI HANGUS MAURIPAN N PERAM DUA HARI
PACU
1.CACING
2.HATI AYAM
3.DEDAK BOM KEPALA HELANG
ROHU
DEDAK 929+DEDAK MERAH KEPALA HELANG +MATA RAMBAI TALI WARNA MERAH (ROHU BERANGIN NGAN WARNA MERAH)
TALAPIA
1. PALET
2.CACING
3.PERUT AYAM
Umpan 5
umpan patin
patin 13.8kg dengan umpan roti+kelapa tempe
assalamualaikum dan salam sejahtera. ramainya yang bertanya tentang umpan patin. ni saya bagi satu yang paling best dan selalu saya gunakan. khas bagi pembaca blog yang setia.
umpan patin ni dah lama saya gunakan. tak pernah menghampakan kecuali kalau dalam pertandingan.pernah dapat banyak kali jackpot dan dapat patin terbesar 13.8kg. pernah dapat 15 ekor patin 5kg keatas sehari memancing. paling banyak 21 ekor dalam masa 4jam. itu dulu….
ramuannya
1. sebiji kelapa tua. kalau boleh cari yang dah bercambah. bila dipecahkan isi kelapa seakan berminyak dan sedikt kehitaman. kengkadang saya gunakan kelapa cambah yang dah bercambah sekaki tinggi. lagi power!!!
2. tempe 2 biji. tempe tu cari yang baru. kalau dipegang rasa panas. kalau dah sejuk tak payah guna sebab bau umpan akan jadi busuk
3.perisa pisang cap ros. boleh gunakan jenama yang lain tapi tak sama powernya
cara pembuatannya
ambil santan dari kelapa tadi. masa perah kelapa campurkan secawan air . gunakan air yang takde klorin macam air R.O, air mineral ataupun air suling. air kolam dan air paip tidak digalakkan.
blender tempe dan santan kelapa tadi bersama-sama. bahan tadi akan menjadi pekat seakan krim. kalau cair selalunya tak jadi. masukkan bahan tadi dalam botol tahan tekanan seperti botol air gas (coke dll). isikan separuh botol atau tiga suku botol sahaja. jangan isi penuh. (paham-paham sudah)
biasanya saya akan biarkan selama 3 hari baru guna. kengkadang malam buat pagi guna pun mujarab terutamanya kalau ikan baru masuk.
umpan ni boleh dia adjust untuk main pacu dan patin besar. caranya ialah mencampurkan beberapa titik perisa pisang cap ros tadi dalam ramuan tu.
cara guna. main dengan gunakan roti dadu. macam biasa la.
ok selamat mencuba.
Umpan 6
Bahan-bahannye
1-tapai ubi(cari kat pasar malam) 1 bungkus
2-air soya 1 tin
3-tempe 1 pek
4-tauhu 1 ketul
5-mauripan
6-ragi(separuh)
cara-caranye
Dimulakan dengan bismillah
-bahan 1 hingga 4 blender sampai hancur
-masukkan bahan tadi kedalam botol yg keras..cth 100plus botol besar
-lepas tu masukkan mauripan satu peket
-tutup dan goncangkang sampai sebati
-harus diingat mauripan akan aktif jadi goncang bila rasa botol dah keras buka tutup pelan2 buang gas
-ulang sampai gas dah kurang
-masukkan ragi yg dihancurkan sampai halus dan goncang bagi sebati dan buka tutup buang gas sebelum peram
-peram nak elok amik plastik itam dan elok diperam dalam tempat gelap(almari atau cabinet dapur)
-peram dalam 3 ari..tempat yg nak peram tu lau leh tempat yg tak dibuka2 pintunye..huhu
kalo jadi korang akan dapat bau masam ..huahua ada bau hapak skit tapi bukan busuk la
cara nak sediakan senang je…potong roti dadu..kelapa parut skit dan masukkan perisa..biasa saya pakai strawberi paste(beli kat kedai jual barang buat kek)….goncang2 sampai sebati perasa ngan roti….baru masukkan inti tadi skit2 sampai strawberi paste tadi bau masam2 wangi…hua2…
resepi kedua ni mudah skit tapi lambat pacak…
bahan-bahan
1-kelapa parut sebiji ambil putihnye je
2-mauripan/MOI
3-kordial jagung atau laichi cap daun(logo daun)
caranye kelapa tu gaulkan dengan mauripan sampai sebati dan ikat plastik peram kat tempat gelap gak lau leh dalam almari..peram dalam 3 atau 4 jam…nanti kelapa tu bau masam..lau tak jadi die jadi bau busuk…lepas tu potong roti dan amik kelapa masam tadi gaulkan ngan roti..buat sampai ada bau masam hilangkan bau roti…pastu campur jagung/laici sampai ada bau perisa tadi…lepas tu biar la dalam sejam atau lebih…nak senang jadi buat dalam plastik roti tu pastu ikat jgn bg udara masuk..lepas tu bleh la pakai lepas peram sejam atau lebih tu….
selamat mencuba lau tak dapat takde rezeki la bro…saya stakat ni tak mangkau ler guna umpan ni..lau tak jadi gak bro rojak2 la guna idea sendiri….mana tau jadi..huhuhu
Umpan 7
) susu cair {1 TIN} (brand ape je)
2) kuning telur itik {3BIJI}
3) mouripan {1 PEKET}
4) pati pandan coconut {2 tutup mineral} (pati beli kt kedai KEK)
cara bancuh :
bahan 1-3 bancuh sekali dalam botol mineral besar, goncang sampai sebati.
PERAM 1HARI.
lepas tu, ambil setengah SOS tu masuk dalam botol kecil/penyembur, campur dengan 2TUTUP PATI PANDAN COCONUT.
PERAM 1JAM.
cara guna :
curah/sembur SOS tu agak2 je kt roti, kemudian tuangkan pati pandan coconut sesedap rasa.
GONCANG hingga SEBATI.
dah siap….
Umpan 8
sediakan :
a)roti daily fresh @ apa roti sandwich ar
b)telur ayam 2 biji
c)santan
d)pati pandan coconut@ STRAWBERI
masukkan telur,santan dan pati pandan coconut kedalam bekas dan kacau sehingga sebati
massukkan kedalam botol spray dan peram seminggu.
Semua formula formula ini diperolehi dari ruang sembang…. boleh acu cuba try test….. gudluck
Umpan 9
1.perisa vanilla/pisang/pandan(salah satu)
2.santan sekotak
3.air soya sekotak (besar punya soya yeos kotak kuning)
4.roti(everyday)roti len pun xpa janji roti murah isi yg xpadat
cara membuat:
bahan 1,2 dan 3 dicampur skali(hati2 sebab bau agak tengik bila pakai perisa pisang)
dah siap masuk dlm botol/spray
roti potong dadu
lpas tu sembur kat roti..roti cakuk skt kt mata kail dan kepam
sebesar penumbuk budak..
Selamat Memancing Ikan Patin
SUMBER: http://mymalaysian.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan